♪♫♪ Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. Happy Birthday to Izzul.. Happy Birthday to you.. ♪♫♪
Yeahhh.. 4 Ogos 2008.. genap umur Izzul 6 tahun.. sminggu sebelum tu Izzul dok sibuk count down.. birthday kali ni Izzul buat permintaan nak celebrate kat Montessori.. dok citer kawan dia buat gitu la.. gini la.. dia pun nak buat macam tu gak.. sehari sebelum tu bawak Izzul gi tempah kek.. pilih gambar spiderman tau kat atas kek tu.. nak beli jajan2 pastu di pek untuk setiap sorang kawan2 kat Montessori.. 80 orang semuanya.. ikutkan je la..
Pagi tadi kejut nak gi sekolah sekali je.. terus bingkas bangun.. terus tanya.. hari ni hari jadi Izzul kan..?? mesti kawan2 semua nak kawan dengan Izzul hari ni.. sebab Izzul ada kek.. Izzul ada banyak makanan.. hihihi .. excited sungguh nak celebrate dengan kawan2 kat Montessori.. tidur pun tak berapa lena agaknya..
Sampai kat Montessori tersenyum je.. hari ni la hari yang paling senang uruskan Izzul.. dari bangunkan pagi.. sampai la hantar ke Montessori.. cukup senang.. kalau tak.. terlalu banyak kerenah yang kena layan.. ye la.. hari ni kan hari istimewa Izzul.. pandai pulak tu..
Teacher dia kata akan celebrate pukul 11.30pg.. sebab nak tunggu Irfan balik dari sekolah agama.. nanti Irfan sedih pulak sebab tak dapat sesama celebrate birthday Izzul..
Tunggu ya.. gambar akan menyusul nanti.. nak mintak dulu kat teacher Montessori.. harap2 ada la..
p/s.. tak sabar nak dengar Izzul bercerita ni.. dah la banyak mulut.. mesti banyak cerita ni....









0 comments:
Post a Comment