»

Thursday, October 2, 2008

Al-fatihah..

Al-fatihah..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِمَ
الِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ

وَلاَ الضَّالِّينَ
amin..

Di pagi raya.. kat sini la tempat pertama seluruh family aku gi menziarah.. sedih.. rindu.. sayu.. pilu.. semua bersatu..

Tak tergambar dan tak terlukis perasaan tika diberitahu NUR SYUHADAH ANIS (ADDA) dah takde lagi.. kaki terasa cukup lemah.. cukup longlai.. takde tenaga dan takde daya nak berdiri.. ALLAH maha kaya.. ALLAH juga maha agong.. diambil hanya dengan sekelip mata..

Sesungguhnya dipinjamkan pada kami genap sepuluh tahun.. masih blom puas bermanja.. dan masih blom puas dimanjakan..

Entah la.. rasa lambat benar perjalanan nak sampai ke kg dihari pengkebumian ADDA.. ya ALLAH.. bagaikan pesta kat rumah bonda.. ramai yang datang menziarah ADDA.. melihat anak kecil yang menjadi mangsa.. tersangat hiba rasanya bila kami bergilir memandikan ADDA tuk kali yang terakhir.. dan comelnya NUR SYUHADAH ANIS kami bila dipakaikan telekung.. berseri sungguh bidadari kecil kami.. bergilir kami mengucupnya.. dan juga bersama beriring ke perkuburan.. rasa tak sanggup nak lepaskan bidadari kecil itu pergi meninggalkan kami.. ya ALLAH.. kuat dan tabahkan la hati kami ini..

Kenapa cepat sangat..?? bukan aku tak nak terima hakikat.. tapi terlalu berat aku nak terima hakikat..

Memang dari baby lagi terlalu berlainan sungguh perangai ADDA dari yang lain2.. setiap gerak laku.. juga setiap patah bicara.. smua tu dah cukup tuk buatkan kami lebih mengingati akan dirinya bila tiada nanti..

Dari baby lagi ADDA dimanjakan.. hingga la hari majlis aku diijabkabulkan.. berkecil hati rupanya ADDA.. bergambar dengan aku pun tak nak.. ADDA dan aku terlalu rapat.. kemana pun aku pergi kebiasaannya mesti bawak ADDA.. perginya ADDA hancur luluh jiwa dan raga aku.. tapi apa lah daya.. ALLAH lebih menyayangi ADDA..

Dan pastinya juga bagi seluruh family aku.. perginya ADDA cukup meninggalkan kesan.. seperti semalam peristiwa tu jadi.. sampai ke hari ni.. ADDA sentiasa diingatan dan dihati kami.. nama ADDA sentiasa meniti dari bibir kebibir seluruh family.. tapi aku tak sekuat kakak (emak ADDA).. kalau rindu kakak masih mampu menatap gambar ADDA.. terubat rasa rindunya.. tapi bagi aku.. bila menatap gambar ADDA.. terasa pilu sangat2.. seperti sesuatu yang menusuk kedada.. hibanya tak terkata.. dan mudah benar mengalirkan air mata.. rindu sangat2 dengan anak kecil itu.. sungguh.. Acu rindu kat ADDA..

Ini semua ketentuan ALLAH.. itu aku tahu.. tapi pada orang yang cuai dan menyebabkan ADDA takde lagi.. takkan aku maafkan dunia dan akhirat.. kenapa cuai sangat dan memabukkan diri..

Selepas subuh 23 Mac 2003 (sehari selepas hari jadinya).. ADDA dalam perjalanan berbasikal kegerai kakak bersama Wani (kakaknya).. ADDA membonceng.. tiba2 dirempuh dari belakang.. mujurlah Wani ok.. dan yang pasti Wani lebih sedih masa tu.. walaupun tak terdaya.. tapi masih mampu manggagahkan diri mencari dimana ADDA.. Wani sempat bagi CPR.. tapi tak dapat nak bantu ADDA.. tanpa suara dan lemah terkulai.. ADDA masih boleh menggenggam tangan Wani bila Wani mintak buat demikian kalau ADDA dengar suaranya.. ya ALLAH.. tak dapat aku gambarkan saat tu.. namun ALLAH lebih menyayanginya.. ADDA menghembuskan nafas terakhir di wad kecemasan dihospital.. innalilah iwainna ilaii raji’un..

Walaupun sukar.. walaupon pahit.. walaupon perit.. tapi kami redha dengan pemergian ADDA.. namun.. 3 bulan sbelom pemergian ADDA.. rupanya ALLAH telah berikan pengganti pada kami.. terima kasih ya ALLAH.. serupa benar perangainya dengan ADDA.. rupa pun ada iras.. tapi gelap sikit.. sekurang2nya terubat rasa rindu kami..

.. Nur Syuhadah Anis.. kembali pada 20 Muhamaram 1424 bersamaan 23 Mac 2003.. moga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.. amin ..

.. TERLALU ISTIMEWA ..
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan

Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa

Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk disamping Nya
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu

Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

.. Nur Aliya Balqis.. lahir pada 19 Januari 2003.. hari kakak nak bersalin beria sungguh ADDA bagitau kat opahnya nanti adik dia baby girl.. kalau tak percaya tengok nanti katanya.. rupanya dia dah tau ada pengganti tuk dirinya ..

.. dan tuk Wani.. tiada siapa yang menyalahkan dirimu atas apa yang berlaku.. kuatkan semangat dan belajar sungguh2 demi masa depan.. sesungguhnya ADDA sentiasa bersama kita ..

.. Nur Syuhadah Anis.. kami semua merindui mu wahai bidadari kecil kami..


p/s.. Acu rindukan ADDA....

1 comments:

Anonymous said...

miss adda so much...sng jer mngalir airmata ni..waniey xley thn bler bce...