Apartment ni Vernoz beli tahun 2004.. n siap spenuhnya Mei 2007.. siap2 je terus dapat offer dari UiTM Shah Alam nak sewa.. tuk buat hostel student katanya.. mungkin sebab lokasi teramat la dekat dengan Hospital Selayang kot.. jumlah apartment yang UiTM sewa smuanya 38unit.. apartment ni ada 1 parking lot tuk stiap unit.. kan senang ada parking lot sendiri.. tak smua apartment ada parking lot sendiri kan.. macam apartment kat perumahan aku dok skarang ni diorang main blasah je park.. sapa cepat dia dapat la parking dekat dengan rumah.. yang tak tahan tu ada yang siap letak kon.. pepandai je tanda tempat dia.. hampeh btol..
Banyak faktor la yang membuatkan kitorang tamo dok sini. (masa ni masih blom lagi bli rumah No.9).. antaranya jauh nak g keje.. n anak2 plak dah slesa dok n bersekolah kat Puchong.. n tamo peningkan kpala.. kitorang terima offer UiTM.. dan setiap tahun kontrak akan di renew.. sewa Rm550.. memang rate kat kawasan ni.. alhamdulillah.. bleh cover balik..
N skarang hostel UiTM dah siap.. Jun 2009 kontrak tamat tuk 38unit ni.. tapi bulan Mei smua student dah pindah ke hostel UiTM sendiri.. n cantik la hostel diorang.. ala-ala kondo tuh..
Dalam tempoh 2 tahun UiTM sewa.. skali pun kitorang tak pernah gi tengok student yang dok sini lelaki ke pompuan.. Jun ari tu dah lepas sbulan student kluar baru la kitorang gi cek rumah.. ada la pernah dengar orang cakap.. kalau dr. pelatih ni banyak abihkan masa kat hospital je.. mungkin btol.. sebab takde kesan memasak langsong.. stakat dinding bilik banyak pelekat je la.. pastu dinding kat hall ada kesan kotor 2 3 tempat.. n ikut perjanjian.. UiTM cakap akan pulangkan dalam keadaan asal.. so bila tanya kenapa tak cat.. n katanya cat tak termasuk.. maksud dipulangkan dalam keadaan asal adalah rumah tu dipulangkan dalam keadaan berfungsi seperti asal.. sgala yang rosak dibaiki.. n sbelom kontrak tamat.. diorang dah cuci rumah.. ok la tu..
Bila rumah dah kosong n kena la iklankan cepat.. kena cari penyewa.. n syukur sesangat.. 3 Julai ari tu penyewa baru dah masuk.. couple baru kawen n takde anak lagi.. harap2 bleh jaga rumah kitorang dengan baik.. eheh..
".. kalau tengok dari view sini memang nampak macam dalam hutan je.. tapi sbenarnya tak la gitu.. ni kat atas bukit ni.. otw nak naik ni ada MPM.. pej. kerajaan.. kolej komuniti.. masjid.. n town house sbelah je.. pastu sberang sana plak jalan nak ke Rawang.. kiranya memang tak crowded la kawasan ni.. masa beli dulu kemain lagi pemaju tanya nak facing mana.. KLCC atau Rawang.. skali dah siap yang nampak apartment je.. ujung tiang KLCC pun haram tak nampak.. "
".. 7-11 (seven eleven).. senang nak ingat.. "
".. dapur n pintu masuk.. "
".. dapur yang agak kecik.. memang kecik pun.. ahaha.. ada ruang tuk sidai baju kat sbelah sink tu.. "








0 comments:
Post a Comment