»

Saturday, July 4, 2009

Irfan n Izzul @Taman Warisan n kilang coklat..

4 Julai 2009 jam 8.30pg PPICDC Montessori buat lawatan ke Taman Warisan @ Putrajaya n kilang coklat @ Serdang.. tak tau pun ada kilang coklat kat Serdang ni..

Macam biasa la.. kalau ada lawatan n aktiviti.. 2 beradik ni memang la terlalu excited.. agaknya tidur malam pun tak brapa lena.. sehari sblom tu dah gitau kena pakai track n t-shirt sukan sek keb.. kol 6.15pg Irfan dah bangun n tanya dah bleh mandi tak.. tonasi tu memang tak menampakkan yang dia mengantuk pun.. nak gelak pun ya.. nak marah pun ya gak.. kalau hari bersekolah tu selagi tak kena kejut berpuluh kali jawabnya memang tak bangun la.. tu la bezanya nak gi sek n nak gi jenjalan.. yang Izzul pun sama.. abang dah sudah mandi gi kejut skali je soh adik bangun.. pehhh.. Izzul terus bangun n gi mandi tu.. hmmm.. bukan takat tu je.. t-shirt n track yang nak pakai n nak bawak dah siap kemas ok..

7.15pg tu kena hantar Vernoz gi Awan Besar dulu.. ada urusan bisnes.. dia nak g Melaka ngan member.. Irfan n Izzul dah bising2.. takut tak sempat nak nek bas kol 8.30pg.. ahaha.. kecoh je.. padahal bukan jauh pun.. siap soh hantar diorang gi montessori dulu.. alahai.. korang nak buat pe awal2 kat situ.. buat penat tunggu je.. kenkawan n bas pon sampai lambat lagi.. nanti bosan je.. nak tak nak diorang kena ikut la gak hantar Vernoz.. n asyik merungut jauh lagi ke nak sampai.. yang pening ibu dia la.. fuhhhhh..

".. Izzul merajuk.. nak pakai gak kasut skolah yang dah kotor sesangat.. tapi ibu pakaikan kasut Nike.. mana tak hangin.. uhuhu.. malas nak ikat tali kasut la tu.. "

".. tengah dok berkumpul kat luar montessori.. tunggu turn bebudak transit tuk naik bas.. 3 bas smuanya.. memang meriah sesangat.. "

".. bagus la montessori ni.. banyak aktiviti.. dari bebudak day care sampai la bebudak transit.. smua bleh join.. bukan diorang je teruja.. mak ayah pun sama.. nak pulak parent yang anak baru umur 3 4 tahun.. camner tak teruja.. "

".. Irfan n kawan dia.. memang dah plan nak dok sama katanya.. "

".. Izzul plak dok dengan Anuar.. dah plan gak ni.. 2 hero ni dok bersebelahan je.. pas tengok Irfan kat sebelah.. kena gi sbelah sana bas.. gi tengok Izzul lak.. kang bas nak gerak tak nampak ibu susah hati 2 hero tu.. ehehe.. sbenarnya ibu dia yang susah hati.. padahal anaknya excited.. "

".. ni je la gambar yang Irfan ambik.. huh. penat je aku bagi hp n pesan soh ambik gambar banyak2.. 6 keping je tau.. smua tu kat Taman Warisan.. bila tanya mana gambar adik.. Irfan kata dah panggil banyak kali tapi adik tamo.. ahaha.. memang pon.. Izzul bolayan bergambar ni.. baik dia buat hal dia je.. pastu bila tanya mana gambar kat kilang coklat.. 1 pon takde ni.. tersengih je Irfan.. terlupa katanya.. alahai Irfan.. "

".. balik kol 4ptg tu 2 hero ni muka masam je.. penat sangat2.. Irfan kata adik ok.. dengar cakap dia.. aku dah pesan kat Irfan soh jaga adik.. n pesan kat Izzul dengar cakap abang.. good Izzul.. n 2 2 beli coklat tuk bawak balik.. tapi yang kalakarnya.. 2 2 beli coklat yang sama.. eheh.. tak kisah la.. janji Irfan n Izzul enjoy.. "


p/s.. Izzul demam petang tu.. mungkin sebab cuaca panas sangat.. nasib baik malam tu Izzul dah ok.. risau gak.. skarang ni banyak sangat penyakit la..

0 comments: